Wednesday, January 12, 2011

Pandangan Tokoh Terhadap Seni

Pandangan tokoh-tokoh mengenai Pendidikan Seni

Pendidikan Seni merupakan suatu program pendidikan yang bersistem dan mempunyai matlamat serta hala tuju yang jelas. Terdapat banyak pendapat dan pandangan yang diutarakan mengenainya oleh para pemikir seni. Setiap tokoh-tokoh tersebut mengutarakan pandangan mengikut pendekatan masing-masing.

Herbert Read dan Viktor Lowenfeld berpendapat Pendidikan seni seharusnya berasaskan aspek psikologi yang melihat kepada perkembangan kanak-kanak dalam melahirkan pernyataan dirinya. Dalam konteks ini, guru seni perlu melihat potensi kedua-dua pihak, pelajar dan guru itu sendiri dari asoek motivasi, personaliti dan sebagainya.

Eisner ( 1967 ), Pendidikan Seni dan kreativiti bukanlah diperolehi secara mutlak, sebaliknya ia harus dipupuk melalui proses pembelajaran. Selain daripada itu, beliau juga berpandangan kreativiti dan kebolehan kanak-kanak adalah berbeza berdasarkan latar belakang dan pengalaman mereka. Berdasarkan kajian beliau, kanak-kanak yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah mempunyai kebolehan yang rendah berbanding dengan kanak-kanak sebaliknya.

Feldman ( 1996 ) berpendapat pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah seni visual yang merangkumi keseluruhan bidangnya. Ini adalah kerana seni visual adalah berkait rapat dengan alam dan persekitarannya yang turut merangkumi manusia dan kemanusiaannya, kebudayaan dan lain-lain altiviti yang berkai dengan kehidupan. Secara jelasnya, pendidikan seni mempunyai peranan di dalam segenap aspek kehidupan samada sosial, politik, kebudayaan mahupun ekonomi.

ii) Pandangan Barat tentang kesenian

Menurut Herbert Read, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik. Keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ini adalah kesan yang timbul daripada samada sewaktu menghasilkan produk seni mahupun menikmati hasil seni. Kedua-dua pihak samada artis mahupun pemerhati seni akan merasai kesan-kesan tersebut.

Clive Bell ( Syed Ahmad Jamal, 1994 ) berpendapat bahawa emosi yang dialami apabila menghayati sesebuah karya seni adalah emosi yang tersendiri dan berada di dalam alam yang asing.

Pada asasnya, menurut barat, seni adalah pernyataan dan teknik pembuatannya. Seni memberi bentuk tampak kepada bentuk yang terpendam, dipersembahkan di dalam bentuk imej yang dapat dilihat. Dalam kebudayaan manpun, perasaan dan fikiran dapat dilahirkan melalui seni. Seni merupakan intisari kemanusiaan lambang suatu kumpulan manusia dalam kebudayaannya.

Crose dan Collingwood ( Syed Ahmad Jamal, 1994 ) berpendapat bahawa, karya seni itu suatu imej mental. Objek yang ideal yang dinyatakan di dalam bentuk fizikal melalui bahan yang terhasil daripada karya sebenar dalam fikiran pemerhati. Beliau sebenarnya menyokong pendapat yang menyatakan bahawa seni adalah pernyataan rasa yang imaginatif. Ini adalah kerana beliau cuba membezakan seni dengan kraf. Kraf pada pandangan beliau merupakan aktiviti mengubah bahan mentah menjadi barangan dengan menggunakan kemahiran yang boleh dipelajari.

Konsep seni mempunyai pertalian yang erat dengan estetika. Menurut pandangan Barat, estetika bererti sesuatu yang berkaitan dengan pengamatanterhadap sesuatu perkara atau suasana yang menekankan aspek kesenian atau keindahan, bukan aspek kegunaannya.

Perkataan estetika mula digunakan oleh Baumgarten pada tahun 1735. Menurutnya, keindahan mestilah diasingkan daripada estetika kerana barang yang buruk boleh diterima dengan cara yang indah dan sebaliknya.
Kebudayaan Barat telah memisahkan seni dengan agama. Pemisahan ini wujud dengan lahirnya sekularisme. Lantaran itu, seni menjadi suatu yang bebas. Demi seni, semuanya dibolehkan sehingga melahirkan kepelbagaian aliran di dalam seni itu sendiri seperti ekspressionisme, kubisme, impressionisme dan sebagainya.

Pandangan Tokoh Barat

a) Plato (347 SM)
- Lukisan adalah 3 kali terpisah daripada
kebenaran.
- Seni dan pendidikan perlu dipandukan kepada
kebenaran, kebaikan, kesempurnaan, kesejahteraan dan
keindahan.
- Dikatakan dengan perlakuan, akhlak, nilai dan moral.
- Mencipta sesuatu persekitaran yang berbudaya dan
meningkatkan perpaduan:
: Lukisan dibincang dengan konsep imitasi.
: Membandingkan lukisan dengan kebenaran.
: Pelukis meniru objek yang dibuat oleh tukang pembuat.

b) Aristotle (384-322SM)
- pelukis tidak meniru tetapi memberi struktur bentuk kepada benda
alam, maka seni itu baik.

C) Pestalozzi (1746-1827)
- Memberi peluang kepada kanak-kanak belajar seni sama ada
berbakat atau tidak, seni diberi penekanan kepada konsep
kepentingan aktiviti mata dan tangan.
- Kerja tangan atau kraftangan diajar dengan konsep sepanjang
hayat, aktiviti bercorak praktikal.

d) Herbert Read
- Seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yg menimbulkan
keceriaan, keseronokan dan kedamaian estetik.
- Seni alat untuk mendidik seseorang
- Seni boleh menyatukan semua Negara (pendidikan dan
pembentukan diri)

e) Frank Cizek ( 1865-1946)
- Seni sebagai satu peranan ekspresi bebas dalam
pendidikan .
- Kanak-kanak diberi ruang untuk melukis mengikut
pandangan mereka supaya tidak hilang kreativiti dan sifat
keperibadian diri.
-Seni mewujudkan suasana gembira, suka, riang,
minat untuk belajar dan memajukan diri.

f) John Dewey (1859 – 1952)
- Aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada kanak-kanak.
- Memberi kebebasan kepada kanak-kanak menysun
pengalaman untuk mencerdaskannya. (kreativiti, pemikiran)

g) Walter Gropius
- Seni visual memberi faedah kepada kehidupan seharian
seperti dalam prinsip-prinsip rekaan dan nilai estetik bagi
menghasilkan barangan harian eg. Kerusi,meja dsb.
- Ianya mengabungkan seni, pertukangan, sains dan
teknologi.

h) Efland dan Laura H. Chapman
- Seni adalah untuk masyarakat
- Seni dan kreativiti menjadi satu unsur imaginasi.

i) Lansing
- Seni dapat mengembangkan potensi pemikiran, sikap dan
psikomotor.

J) June McFee
- Menekan kpd kesenian dan individu serta seni dalam masyarakat
warisan budaya.

k) Feldman
- Seni dan kebudayaan tunjang pembangunan seni manusia.

Sememangnya telah sekian lama mewarnai ketamadunan, peradaban dan kebudayaan manusia. Peredaran masa memperlihatkan perubahannya yang berkembang seiring dengan kehendak persekitaran dan naluri manusia itu sendiri. Lantaran itu, kita dapat melihat variasi dan kepelbagaian pandangan yang dilontarkan oleh tokoh-tokoh seni seantero dunia. Kepelbagaian pandangan tersebut sebenarnya turut menjadi perencah di dalam mewujudkan kepelbagaian genre, aliran, teknik serta variasinya seni itu sendiri. Sejajar dengan peranan seni dan kesenian di dalam kaitannya dengan warisan dan kebudayaan masyarakat, pandangan tokoh-tokoh yang dilontarkan mencerminkan apa yang sebenarnya mampu diterjemahkan oleh seni dan kesenian itu sendiri di dalam masyarakat. Seni dan kesenian terlalu akrab dengan aspek keagamaan, sosial, politik, ekonomi serta kebudayaan sehingga para ilmuwan dalam setiap bidang tersebut turut terpanggil untuk membentuk seni dan kesenian yang sejajar aliran dan fahaman mereka.


i) Pandangan Islam tentang seni dan kesenian di dalam Islam

Sering kali timbulnya pertanyaan adakah kaitannya antara seni dengan agama Islam itu sendiri? Pertanyaan tersebut sebenarnya telah mengundang perdebatan demi perdebatan sejak berabad lamanya. Lalu, sebagai jalan keluar daripada polemik yang timbul, maka para seniman Islam telah mencipta suatu dimensi baru di dalam kesenian. Islam sebenarnya penuh dengan kesenian. Intipati kesenian islam adalah tauhid. Ia merupakan penyatuan, ketauhidan kepada Maha Pencipta. Kesan daripada ketauhidan tersebut lahirlah keindahan dan kesatuan yang harmoni yang membentuk acuan yang tersendiri.
Melalui asas-asas tauhid juga terbentuk dunia Islam yang berkembang secara organik, yang melalui berbagai proses transformasi adaptasi daripada unsur-unsur alam. Jelasnya, kesenian Islam adalah terbentuk dan terikat kukuh di dalam konsep ‘ tauhid ’ itu sendiri. Bagi agama Islam, agama bukanlah kebudayaan. Setiap perbuatan di dalam Islam mestilah berpaksikan kepada agama sementara budaya bergerak selari dengan kehendak agama.
Di sinilah wujudnya perbezaan jelas di antara kesenian Islam dengan bukan Islam. Seni di dalam Islam adalah kerana Allah manakala seni bukan Islam mementingkan estetika semata-mata tanpa mempunyai ikatan kukuh dengan keagamaan. Islam menuntut umatnya menjalankan aktiviti kesenian berpandukan akhlak Islam.

Pandangan Tokoh Timur dan Islam

a) Muslim
–Dalam kitab Al-Iman.
–Org yg mempunyai ilmu seni bertemu dgn objek alam s/jadi dapat mencipta suatu karya dan menghargai objek tersebut.

b) Pandangan Al-Ghazali
- Seni bersandarkan daripada Allah kpd Allah.
- Seni menuju kepada Al-Falah ( keredhaan Allah )
- Pemangkin kepada ketaqwaan ( tawaduk & beriman )

c) Sidi Ghazalba
- Seni tidak melampui batas kesusilaan
- Seni bertunjang daripada Allah kepada Allah
- Hasil seni itu bertunjang “mardatillah” ( diredhai Allah)
-Seni membentuk peribadi muslim

No comments:

Post a Comment